KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen melibatkan Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia bersetuju memanggil Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mendapatkan taklimat lanjut berkenaan kewajaran penganjuran Sukan Komanwel 2026.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusinya, yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
"Wajarkah Malaysia jadi penganjur Sukan Komanwel 2026? Tadi, JKPK Parlimen tentang Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia setuju minta taklimat KBS," katanya dalam kemas kini di laman X pada Khamis.
Semalam, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata keputusan sama ada Malaysia akan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 atau tidak, dijangka dibawa untuk perbincangan di Kabinet pada minggu depan.
Hannah berkata pada masa ini, beliau tidak mahu mendahului perbincangan Kabinet namun yakin bahawa Kerajaan Perpaduan akan memberi pertimbangan sewajarnya berhubung perkara berkenaan.
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas kerana peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion (lebih kurang RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (lebih kurang RM21.78 bilion).
Kerajaan Victoria juga dilaporkan bersetuju untuk membayar AUD380 juta kerana melanggar kontrak, apabila tidak dapat menganjurkan temasya itu mengikut jadual bermula 17 hingga 29 Mac, 2026.
Dari 74 negara dan wilayah yang menjadi ahli Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), hanya England, Kanada, Australia, Wales, New Zealand, Jamaica, Scotland, India dan Malaysia (1998) pernah menganjurkan temasya itu.
Astro Awani
Thu Mar 14 2024
Saifuddin (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia, hari ini - Foto laman X Saifuddin
Kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu disebut semula 27 Jun
Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes 13 pelajar kolej vokasional di sini yang menghadapi pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.
RUU rangka kerja kawal selia progresif CCUS akan dibentangkan di Parlimen pada Nov ini
Kementerian Ekonomi dijangka membentangkan rang undang-undang rangka kerja kawal selia progresif mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di Parlimen pada sesi November ini.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati warga Singapura bunuh anak tiri
Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seorang lelaki warga Singapura kerana membunuh anak tirinya pada 2008.
Domino's Pizza Malaysia kecewa komen sentuh 3R pelanggan, rujuk polis
Domino's Pizza Malaysia kecewa dengan tindakan seorang pelanggan memasukkan komen berbaur negatif dan tidak menjaga sensitiviti ketika membuat pesanan dalam talian.
Tablet percuma kepada murid dan guru
Kerajaan menyediakan tablet percuma kepada semua guru dan murid secara berperingkat di seluruh negara.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian sedia ada kerajaan sebelum 24 Mei ini
Mahasiswa di IPT bakal mendapat akses kepada maklumat serta kajian sedia ada di peringkat kementerian dan agensi kerajaan sebelum 24 Mei ini.
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVII pada 20 Julai
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dijadualkan pada 20 Julai akan datang di Istana Negara.
85 penternak kupang terjejas terima bantuan LKIM dan Parlimen PD
Penyerahan bantuan itu bertujuan mengurangkan beban penternak yang terjejas sepanjang mereka tidak dapat menuai hasil ternakan kupang.
Perolehan dagangan Rusia-China catat rekod baharu AS$240 bilion
Putin berkata, jumlah perdagangan keseluruhan secara tepat mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara.
Seleweng dana RM1.2 bilion: Bekas CEO badan berkanun pula direman
Seorang lagi suspek ditahan menjadikan tiga individu direman bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Di mana prestij Sukan Komanwel jika hanya 10 acara dipertandingkan? - Pekan
"Sukan (Komanwel) ini tahap apa? Sukan SEA pun lebih banyak acara (jadi kalau terima) ia seolah-olah sekadar nak mengadakan sahaja."
Kerajaan teliti sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026 - PM Anwar
Anwar berkata beliau telah meminta maklumat daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara dan pihak lain yang berkaitan.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
Tarik diri tuan rumah Sukan Komanwel, kerajaan Victoria bayar AS$243 juta
Negeri Victoria di Australia akan membayar AS$243 juta selepas ia memutuskan untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Kos terlebih: Victoria, Australia tarik diri jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Negeri Victoria di Australia menarik diri sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026 berikutan kos acara itu melebihi anggaran kira-kira AUD$5 bilion.
Choon Hann teruja untuk mula bimbing Hong Kong
Bekas Pengarah Kejurulatihan Pemain Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Wong Choong Hann teruja untuk meneruskan karier kejurulatihannya di Hong Kong, minggu hadapan.
Pearly-Thinaah makin berbisa - Khe Wei
Gandingan beregu wanita negara semakin berbisa apabila mampu menempuhi rali panjang untuk memberi saingan sengit kepada pihak lawan, dalam beberapa siri kejohanan BWF.
Terbuka Indonesia: Pearly-Thinaah tarik diri
Pasangan beregu wanita badminton nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah, menarik diri daripada menyertai Terbuka Indonesia 2023 yang dijadualkan bermula esok sehingga 18 Jun di Jakarta.
Pearly-Thinaah yakin prestasi baik di Terbuka Singapura
Thinaah berkata, mereka tidak lagi memikirkan tentang apa yang berlaku di Kejohanan Masters Malaysia minggu lepas.